Sabtu, September 15, 2012

tip menghafal Al-quran


jom kita sama-sama menghafal Al-Quran! banyak kelebihannya menghafal kitab Allah ni. kat sini saya sertakann tips-tips menghafal Al-Quran:

SEBELUM MENGHAFAL:
1)IKHLAS: niat tu biar betul. bukan disebabkan dunia sahaja.
  • niatkan untuk memperbanyakkan dan sering membaca Al-Quran
  • niat bertahajud dengan hafalan tersebut
  • niat agar dikurniakan kemuliaan sebagai penghafal Al-Quran di sisi Allah
  • niat untuk melindungi diri daripada azab akhirat
  • niat agar dapat mengajar orang lain                

2)TEKAD DAN AZAM YANG KUAT:
azam ntuk menghafal al-quran harus disertakan dengan tekad dan tindakan susulan seperti berusaha

3)MEMAHAMI KEDUDUKAN SEBAGAI HUFAZ AL-QURAN

4)SEBAGAI BENTENG DIRI DARIPADA DOSA MAKSIAT DAN PERKARA SYUBHAT
imam As-Syafi'e berkata dalam bait syairnya: "aku mengadukan perihal fahalanku yang buruk kepada waqi', maka beliau ,menuntunku supaya meninggalkan maksiat' dan belaui berkata : 'sesungguhnya ilmuy itu cahaya, dan cahaya Allah tidak akan diberikan kepada pembuat dosa'"

5)BERDOA
berdoa kepada Allah S.W.t supatya hafalan yang dibuat kekal dalam ingatan untuk kegunaan seterusnya.

6) MENGUASAI ILMU TAJWID 
supaya dapat mengelakkan hafalan yang salah dari segi tajwid  

7) MEMPUNYAI PERANCANGAN YANG JELAS
menghafal mengikut keadaan serta teratur dari segi pembahagian hafalan

8)BERGABUNG DALAM SATU KUMPULAN
menghafal secara berkumpulan dalam lingkungan empat atau lima orang dimana seorang menjadi naqib kepada ahli kumpulan yang lain supaya hafalan dapat dapat ditasmi'

SEMASA MENGHAFAL :

1) MEMBAWA AL-QURAN KEMANA KITA PERGI 
bawa al-quran sepanjang masa kecuali ketika ke tandas atau tempat kotor bagi memudahkan kita untuk menghafal dimana-mana semasa waktu senggang

2) MENGHAYATI BACAAN IMAM
menghayati bacaan imam solat agar memudahkan bacaan diterima oleh otak dan diproses serta disimpan sebagai memori

3) MULAKAN DENGAN JUZU' YANG MUDAH DIHAFAL
memulakan latihan menghafal dengan juzu'-juzu' al-quran yang mudah dihafal seperti juzu' amma

4) MENGGUNAKAN HANYA SATU MUSHAF AL-QURAN UNTUK MNGHAFAL

5) MEMAHAMI BACAAN 
memaham setiap makna asbab nuzul, kisah-kisah , serta hukum ayat al-quran

6)BENAR-BENAR MENGHAFAL
menghafal sehingga lancar sebelum berpindah hafalan 

7) MEMBAHAGIKAN SURAH-SURAH YANG PANJANG
membahagikan hafalan surah-surah yang penjang seupaya proses menghafal lebih mudah.

8)MEMERHATIKAN AYAT-AYAT MUTASYABIHAT

9)BERLUMBA-LUMBA MENGHAFAL AL-QURAN

SELEPAS:
1)PENGULANGAN
sering mengulang-ulang bacaan hafazan

2)MENDENGAR BACAAN AL-QURAN
sentiasamemperdengarkan bacaan ayat-ayat Al-Quran

3)MEMPRAKTIKKAN BACAAN
mempraktikkkan bacaan yang telah dihafal dalam waktu solat.

4)PENGAMALAN
mengamalkan bacaan yang telah dibuat sebelum mengamalkan ayat yang seterusnya.

dipetik daripada-tip menghafal Al-Quran-majalah Gen-Q volume 2 -isu 14

Tiada ulasan:

Catat Ulasan