Sabtu, September 15, 2012

pendakwah? kita atau yang terpilih sahaja?



Dakwah. ertinya menyeru manusia melakukan kebaikan. seringkali dakwah disandarkan pada ustaz, ustazah, imam masjid/surau, serta golongan-golongan yang alim. sebenarnya, seorang penakwah tidak semestinya seseorang yang berkopiah, berserban, memakai tudung labuh, yang sedang memberi ceramah percuma kepada orang lain. ini salah sama sekali! ya, memang benar mereka sedang berdakwah. tetapi dengan pandangan yang sebegitu kita telah mengkhususkan dakwah hanya ada pada mereka sahaja. kita semua adalah pendakwah walau dimana kita berada , bila mahupun dengan sesiapa kita berkomunikasi. Rasulullah S.A.W pernah bersabda

بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً

"sampaikanlah dariku walau hanya dengan sepotong ayat". jelas daripada hadis ini, berdakwah ( menyeru manusia melakukan kebaikan) tidak dikhususkan kepada mana-mana golongan. malah ia meliputi seluruh umat islam! walau siapa pun kit, tugas berdakwah itu masih ada di atas bahu kita, meski kita seorang guru, doktor, pengawal keselamatan mahupun seorang ahli perniagaan. 

sebahagian daripada kia menganggap bahawa dakwah itu seharusnya dalam bentuk dakwah. tidak semestinya. kenapa saya kata yang sedemikian? ini kerana semua orang mampu menyampaikan kebaikan walaupun hanya dengan sepatah dua kata. malah, hanya dengan memperlihatkan kesopanan adab islam, sudah cukup untuk menjadikan kita seorang pendakwah. marcapada, teknologi membenarkan kita untuk berkomunikasi secara meluas. posting nasihat di FB mahupun tweeting yang menjurus kearah kebaikan di TWEETER pun mencukupi. 

oh ya, hampir terlupa pla, dakwah tidak hanya disampaikan di surau, masjid mahupun ketika majlis ilmu. nak tahu kenapa? Al-Syahid Imam Hassan Al-Banna memulakan dakwah beliau di kedai-kedai kopi semasa zamannya. nampak? maksud coretan saya ialah, walau dimana kita berada , sekelumit kata-kata yang menjurus kearah kebaikan yang keluar dari mulut kita, menjadikan ia suatu penyampaian dakwah. jadi kawan-kawan! :)  berdakwah tidak semestinya oleh ustazah-ustazah atau ustaz-ustaz ! :D bukan hanya di surau ketika menunggu waktu isya' selepas menunaikan solat maghrib! :D marilah kita bersama-sama menyampaikan dakwah sesama manusia.

wassalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh...dan selamat mengambil iktibar. :D

Tiada ulasan:

Catat Ulasan