Isnin, Mei 27, 2013

9 Mimpi Rasulullah

سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

Daripada Abdul Rahman bin Samurah r.a. berkata, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya aku telah bermimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum diisrak ke langit!"


#1 Berkat Ketaatan Kepada Kedua-Dua Ibu Bapa.


Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatangi oleh malaikat maut dengan keadaanyang amat menggerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuataannya itu disebabkan berkat ketaatan dan kepatuhannya kepada kedua-dua ibu bapanya.


#2 Keberkatan Wuduk


Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyeksakan, kemudian dia diselamatkan keberkatan wuduknya yang sempurna.


#3 Keberkatan Zikir


Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis laknatullah, kemudian dia diselamatkan oleh keberkatan zikirnya yang ikhlas kepada Allah Taala.


#4 Keberkatan Solat


Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka Jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut melalui duburnya oleh malaikat Azab, kemudian dia dilepaskan oleh keberkatan solatnya yang khusyuk dan ikhlas kepada Allah Taala.


#5 Berkat Pahala Puasa


Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga, dia dihalang daripada meminumnya, kemudian dia diberi minum sehingga puas berkat pahala puasanya yang ikhlas kepada Allah Taala.


#6 Berkat Mandi Junub


Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, kemudian dia dibenarkan menyertai kumpulan para nabi dan duduk disebelahku berkat mandi junub yang ditepati segala rukunnya.


#7 Keberkatan Haji dan Umrah


Aku melihat seorang dari umatku berada dalam keadaan gelap-gelita di sekelilingnya, seedangkan dia sendiri dalam keadaan bingung, maka datanglah keberkatan haji dan umrahnya yang mabrur lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang benderang.


#8 Berkat Akhlak yang Suka Menghubungkan Silaturahim


Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya, kemudian sapaan dan bicaranya berbalas berkat akhlaknya yang suka menghubungkan silaturahim dan menjauhi permusuhan sesama umatku.


#9 Berkat Sedekah 


Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, kemudian terbentenglah muka dan kepalanya daripada sambaran api neraka berkat sedekahnya yang ikhlas kerana Allah Taala.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan