Jumaat, September 14, 2012

Barakah Doa Seorang Ibu




Sekadar berkongsi sedikit kisah yang boleh dijadikan teladan untuk kita semua :)
Ada sebuah kisah yang diceritakan oleh al-Hafiz al-Dzahabi dalam Siyar A'lam al-Nubala . Kisah itu berkenaan riwayat hidup Imam Sulaim bin Ayub al-Razi . Beliau seorang ulama besar mazhab al-Syafi'i di Kota Ray . Ketika berusia 10 tahun , Sulaim al-Razi belajar al-Quran daripada seorang guru . Apabila disuruh membaca al-Fatihah , beliau banyak melakukan kesalahan . Meskipun berkali-kali mencuba , beliau tetap tidak dapat membaca dengan betul . Gurunya lalu bertanya : "Ibumu masih hidup ?" Sulaim berkata : "Ya". Gurunya berkata lagi : "Minta ibumu berdoa agar kamu dipermudahkan membaca al-Quran dan semua ilmu" . Sulaim pulang ke rumah dan melakukan seperti yang diperintahkan gurunya . Beberapa tahun selepas itu , Sulaim al-Razi terkenal sebagai seorang ulama besar . Bahkan , kebesaran namanya masih hidup sehingga ke hari ini. -sumber;Gen-Q isu no.11  

                                    http://www.youtube.com/watch?v=jXKCULz9TF0

Tiada ulasan:

Catat Ulasan